Lokasi dan penglihatan Piccadilly_Circus

Piccadilly Circus dikelilingi oleh beberapa tarikan pelancong utama, termasuk Peringatan Shaftesbury, Criterion Theatre, London Pavilion dan beberapa gedung runcit utama. Beberapa kelab malam dan bar terletak di kawasan ini dan kawasan jiran Soho, termasuk terdahulunya kelab Chinawhite.

Tanda Neon

Tanda Neon Piccadilly Circus pada waktu siang.tanda Neon di Piccadilly Circus pada waktu malam.The Ballet of Change: Piccadilly Circus screening on the Coca-Cola Billboard, 19:30 Friday 23rd November 2007

Piccadilly Circus telah dikelilingi oleh hoardings iklan beriluminasi pada bangunan, bermula pada awal 1900an,[petikan diperlukan] tetapi satu bangunan kini mengangkat mereka, yang berada di sudut barat laut di antara Shaftesbury Avenue dan Glasshouse Street. Tapak ini tidak dinamakan (biasanya dirujukkan sebagai Monico selepas Café Monico yang digunakan pada tapak); alamat yang digunakan adalah 44/48 Jalan Regent, 1/6 Jalan Sherwood, 17/22 Jalan Denman dan 1/17 Shaftesbury Avenue, dan telah dimiliki oleh pelabur properti Land Securities Group sejak 1970an.

Isyarat-isyarat terawal menggunakan bal lampu pijar, ini telah digantikan dengan lampu neon, dan juga isyarat-isyarat bergerak (telah ada sebuah jam Guinness besar pada suatu waktu). Dari Disember 1998 projektor digital telah digunakan secara ringkas untuk tanda Coke , semantara awal 2000an telah melihatkan suatu greakan gradual ke gambaran LED. Bilangan isyarat-isyarat bertahun-tahun yang berlalu telah berkurangan apabila harga kos sewa bertambah.

Pada 2008, tapak telah ada skrin periklanan beriluminasi di atas tiga unit runcit besar, menghadap Piccadilly Circus dari bahagian utara, dihunikan oleh Boots, dan GAP dan secampuran runcit yang lebih kecil, restoran dan premis pejabat dengan bahagian hadapan menghadap jalan-jalan lain. Sebuah Burger King terletak di bawah iklan samsung yang terdahulunya adalah sebuah Wimpy Bar hingga lewat 1980an telah ditutup pada awal 2008 dan kini ditukarkan ke Bank Barclays.

Coca-Cola telah mempunyai sebuah isyarat di Piccadilly Circus sejak 1955. Isyarat telah diadakan sejak September 2003, apabila papan projektor digital terdahulunya dan tapak terdahulunya dihuni Nescafé telah digantikan dengan sebuah gambaran video LED yang melengkung dengan bangunan. Pada November 23 2007 filem pertama telah disiarkan melalui papan. Filem The Ballet of Change: Piccadilly Circus oleh Paul Atherton dibenarkan lima minit untuk menayangkan filem bukan-komersial pertama menggambarkan sejarah Piccadilly Circus dan lampu-lampunya. Laman iklan Nescafé terdahulunya juga telah diduduki oleh iklan untuk Fosters hingga sekurang-kurangnya 1999 dan untuk selama tiga bulan pada 2002 di antara gambaran iklan Nescafé dan iklan Coca Cola yang dibesarkan bahagian ini pada Piccadilly Circus telah mencirikan petikan "Bayangkan semua orang hidup dalam keamanan" oleh Beatle John Lennon. Ini telah dibayarkan oleh isterinya Yoko Ono yang membelanjakan anggaran £150,000 untuk menggambarkan sebuah ikaln di lokasi ini.

Tanda Sanyo adalah yang terlama dari yang enam itu, dipasangkan pada lewat 1980an dan tetap tidak berubah sejak itu. Meskipun, tanda-tanda Sanyo terdahulu dengan logo lama telah menduduki kedudukan itu sejak sekurang-kurangnya 1980.

TDK menggantikan ruang yang terdahulunya diduduki oleh Kodak pada 1990. Tanda mereka telah hampir tetap tidak berubah sejak itu, walaupun pada 2001 warna latar belakang lampu telah diubah dari hijau ke biru, dan kata-kata 'Audio & Video Tape' dan 'Floppy Disks' di bawah logo telah dialihkan.

McDonald's menambahkan sebuah tanda pada pertengahan-1980s, menggantikan satu untuk BASF. Pada 2001 tanda itu telah berubah dari neo ke skrin LED beranimasi, yang selanjutnya telah berubah ke sebuah skrin LED yang lebih besar dan lebih terang pada tahun 2008.

Samsung menggantikan sebuah tanda untuk Panasonic pada November 1994 , dan tanda itu telah dikemaskinikan dari neon ke LED pada 2005.

Piccadilly Lite telah ditambah pada 3 Disember 2007, diletak di bawah tanda Samsung dan McDonald. Ini adalah sebuah skrin LED yang membenarkan syarikat-syarikat lain untuk mengiklankan sewa jangka pendek dan panjang, menambahkan bilangan ruang iklan tetapi menggunakan skrin yang sama untuk jenama pelbagai.

Syarikat telefon bimbit British Vodafone pernah menggunakan tanda neon dipasangkan di bumbung Rumah Coventry, yang secara pepenjuru menghadap Piccadilly Circus. Tambahan pada logo syarikat itu, tanda menggambarkan pesan-pesan peribadi yang dapat dikirimkan di sebuah laman web kahs dan digambarkan di suatu masa dan tarikh. Pada Februari 2007, ini digantikan oleh gambaran iklan-video LED untuk LGE, lengan British pada kumpulan elektronik Korea Selatan LG. Gambaran baru juga menggubahkan suatu detikan berskrol tajuk Sky News.

Pada upacara istimewa lampu-lampu dipadamkan, seperti kematian Winston Churchill pada 1965 dan Diana, Puteri Wales pada 1997. Pada 21 Jun 2007 mereka dipadamkan selama 1 jam sebagai sebahagian dari kempen Lights Out London.[2]

Peringatan Shaftesbury dan Patung Anteros

Piccadilly Circus memorial fountain, with Anteros, popularly referred to (wrongly) as either The Angel of Christian Charity, or Eros, one of the first statues to be cast in aluminium.

Di barat daya Circus, berpindah selepas Perang Dunia II dari tempat asalnya di tengah0tengah, berdirinya Air Pancut Peringatan Shaftesbury, didirikan pada 1892-1893 untuk memperingatkan kerja-kerja yang bersifat derwaman Lord Shaftesbury, adalah seorang ahli politik dan dermawan masyhur pada zaman Victoria.

Tugu peringatan ini diatasi oleh patung bogel bersayap pada seorang pemanah keciptaan Alfred Gilbert, kadang-kadang dirujukkan Malaikat Belas Ikhsan Kristian dan secara masyhur digelar Eros selepas Dewa Mesra Greek. Patung itu menjadi sebuah ikon London: sebuah ilustrasi grafik padanya digunakan sebagai tanda surat khabar Evening Standard newspaper, dan bermuncul pada mastheadnya.

Kegunaan tokoh bogel pada peringatan orang ramai adalah berkontroversi pada pembinaannya, tetapi ia secara umum diterima baik oleh orang ramai. Magazine of Art menjelasnya sebagai, "...suatu kontras amat ketara pada kehodohan pada keumumnan pemahat jalan, ... suatu pekerjaan yang, semantara menyantikkan salah satu dari ruang terbuka terbiat, yang seharusnya melakukan banyak terhadap ketambahan citarasa orang ramai pada arahan skulptur berhiasan, dan berkhidmat kebebasan untuk metropolis dari mana-mana tambahan lamjut pada urutan kehodohan bertugu peringatan."

Patung ini adalah pertama di dunia yang adalah campakan aluminium dan adalah muatan pada sebuah air pancut gangsa, yang sendiri mengilhamkan motif-motif marin yang Gilbert mengukir pada patung.

Pada ini adalah dipercayai menggambarkan Eros, tetapi diniatkan untuk menjadi suatu gambaran saudara kembarnya, Anteros, seperti disahkan oleh rekod-rekod sezaman Majlis Bandar Westminster[petikan diperlukan]. Pemahatnya Alfred Gilbert telah memahat patung Anteros, dan apabila ditugaskan untuk Air Pancut Peringatan Shaftesbury, memilih untuk menghasilkan judul yang sama, yang sebagai 'Dewa Cinta Tidak Penting Diri' telah didianggap sesuai untuk mewakili Earl ke-7 dari Shaftesbury yang sifat suka menderma. Gilbert menjelaskan Anteros sebagai menggambarkan 'cinta mencerminkan dan matang, bertentangan dengan Eros atau Cupid, orang yang bertindak kuasa sewenang-wenangnya secara sambil lewa.' Model untuk pahatan adalah pembantu studio Gilbert, seorang Itali yang berusia 16 tahun, Angelo Colarossi (lahir 1875).[3] Air pancut, apabila terdahulunya diletakkan, dimaknakan mengadakan Anteros menunjuk ibu panah selatan terhadap Wimborne St Giles di Dorset, yang mana adalah tempat duduk luar bandar Earl.[petikan diperlukan]

Apabila peringatan telah didedahkan, ada beberapa aduan. Sestengah merasakan ia terletak di bahagian kasar bandar (daerah teater) dan lain merasa ia terlalu mangghairahkan sebagai sebuah peringatan untuk Earl masyhur yang siuman dan berhormat. Sesetengah penolakan ini diseimbang balas dengan menamakan patung itu Malaikat Murah Hati Kristian[petikan diperlukan], adalah penganggaran terdekat wyang dapat dicipta dalam istilah Kristian untuk watak yang Anteros memainkan dalam bangunan peringatan Greek. Tetapi nama ini tidak pernah dikenal besar, dan nama terdahulunya datang kembali, secara silap di bawah bentuk pendek Eros, menandakan Dewa Cinta yang Mengghairahkan; agak tidak sesuai untuk memperingatkan Earl, tetapi cukup betul untuk menandakan kawasan kejiranan London, yang mana Soho telah dibangunkan.

Teater Criterion

Rencana utama: Teater Criterion

Teater Criterion, sebuah bangunan senarai Grade II*, berdiri di bahagian selatan Piccadilly Circus. Selain daripada kawasan box office, keseluruhan teater, dengan hampir 600 tempat duduk, berada di bawah tanah dan dicapaikan dengan tangga berjubin yang menurun. Columns digunakan untuk menyokong bulatan dress dan bulatan atas, menghadkan pemandangan banyak tempat duduk di dalam.

Teater ini direka bentuk oleh Thomas Verity dan dibuka sebagai sebuah teater pada Mac 21, 1874, walaupun pelan asasl untuknya telah menjadi sebuah dewan konset. Pada 1883 ia terpaksa tutup untuk memperkaikikan pengalihan udara dan menggantikan lampu minyak dengan lampu elektrik, dan dibuka semula pada tahun berikutnya. Teater ditutup pada 1989 dan secara besaran direnovasikan, dibuka semula pada Oktober 1992.

London Pavilion

Rencana utama: London Pavilion

Di bahagian timur laut Piccadilly Circus, di sudut di antara Shaftesbury Avenue dan Coventry Street, adalah London Pavilion. Bangunan pertama yang mempunyai nama sama dibinakan pada 1859, dan adalah sebuah dewan muzik. Pada 1885, Shaftesbury Avenue telah dibinakan melalui bekas tapak Pavilion dan sebuah London Pavilion baru telah dibinakan, yang juga dikhidmatkan sebagai sebuah dewan muzik. Pada 1923, billboards elektrik telah didirikan di tepi bangunan.

Facade London Pavilion pada 2002.

Pada 1934, bangunan ini berada di bawah perubahan struktur yang besar, dan ditukarkan ke sebuah panggung wayang. Pada 1986, bangunan ini telah dibinakan, mengekalkan muka hadapan 1885, dan ditukarkan ke sebuah arked beli-belah. Pada 2000, bangunan itu dihubungkan dengan kawasan kejiranan Pusat Trocadero, dan tanda tulis di bangunan telah diubah pada 2003 untuk dibacakan "London Trocadero." Basement bangunan dihubungkan dengan stesen tiub Piccadilly Circus.

Kedai utama

Terdahulunya gedung bendera Zavvi (terdahulunya digelar Virgin Megastore), terdahulunya dimilik oleh Tower Records telah terletaknya di Nombor 1 Piccadilly sebelum ia masuk pentadbiran. Nombor 1 Piccadilly kini kosong, unitnya terletak di bahagian barat di antara Regent Street dan Piccadilly, secara terus menghadap Piccadilly Circus. Sebelum menjadi Tower Records ini adalah lokasi gedung serbaneka Swan dan Edgar. Pada Jun 2009, ia didedahkan oleh pemegang pajakan 1 Piccadilly Circus (Pelaburan Hidup Piawai) yang penyewa runcit baru untuk tempat itu akan menjadi The Sting, sebuah gedung jabatan fesyen masyhur di Belanda, Jerman dan Belgium. Mereka merancang untuk buka pada Musim Bunga 2010.

Lillywhites adalah suatu peruncit utama barangan sukan terletak di bahagian selatan, bersebelahan dengan air pancut Shaftesbury. Ia berpindah ke tapak kininya pada 1925. Lillywhites adalah masyhur dengan para pelancong dan mereka secara sering memberikan barang-barang jualan, termasuk jersi bola sepak antarabangsa dengan diskaun 90%. Fortnum dan Masons yang berhampiran sering dianggap sebahagian dari kawasan beli-belah Piccadilly Circus dan dikenali dengan dewan-dewan makanan mahal.[4]

Rujukan

WikiPedia: Piccadilly_Circus http://maps.google.com/maps?f=q&hl=en&q=piccadilly... http://eng.ksignnews.com/news/article.html?no=2543 http://lltv.libsyn.com/index.php?post_id=351487 http://www.thisistheatre.com/londontheatre/criteri... http://www.youtube.com/watch?v=vtzvMlzX358 http://www.victorianlondon.org/dickens/dickens-pol... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=P... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=P... http://www.arthurlloyd.co.uk/Pavilion.htm http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/london/6225108....